|
Written by Azuar Sattar
|
|
Monday, 31 August 2009 14:45 |
Hu..hu harga minyak naik lagi hasil mengumuman kerajaan yang perihatin kepada rakyat jelatanya ..tahniah!!!!!
Aku kena pakai ron95 jaa laaa..lepas nih ron97 dah cecah 2.05.
Yang lawaknya menteri buat pengumuman minyak naik pasai harga minyakk dunia telah cecah usd82...ha..ha. Setau aku yang dok monitor harga minyak kat blog aku nih tak pernah lagi cecah usd82 dalam masa 3 bulan nih ..paling tinggi pon usd74..ha..ha...nampak sangat menteri nih tak tau apa ...cakap main hentam jaa ...goreng sampai hangit ...cittttt
|
|
|
Written by Azuar Sattar
|
|
Friday, 28 August 2009 10:07 |
Assalamualaikum wrm wrbt.
1. Adakah dibenarkan seseorang lelaki memakai emas putih seperti yang terdapat di pasaran sekarang?
2. Seseorang telah memberitahu saya bahawa emas putih tidak dikenakan zakat, jadi ianya dibenarkan bagi seseorang lelaki memakainya. Adakah ianya benar?
Sekian Terima Kasih.
Jawapan.
Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarakn begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-
Ali bin Abu Talib r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)
Tetapi Ibnu Majah menambah: "halal buat orang-orang perempuan."
Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.
Kemudian beliau bersabda:
"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.'
Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'" (Riwayat Muslim)
|
|
Read more...
|
|
Written by Azuar Sattar
|
|
Friday, 28 August 2009 09:26 |
Renungan bersama..... .....
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
|
|
Read more...
|
|
Written by Azuar Sattar
|
|
Wednesday, 26 August 2009 22:10 |
Aku dah start cuti hari nih ..so beberapa urusan akan aku lakukan pada cuti:-
1) Hard Reset D810 aku. Planning nak install Garmin Mobile XT tanpa format hari tuh tak leh install. Hp ini akan kasik bini aku pakai
2) Install Ubuntu kat Desktop AMD aku. Nak blaja pakai ubuntu plak ..open source tak mau begantung kat window ajeee
3) Lepak kat rumah hijau aku..nak tanam kunyit dalam polibed pula ingat kali ini
4) Hantar set hidroponik k customer
5) Nak blaja virtue mart dan setup new website. Aku planning nak belajar buat website online shopping. Susah wooo virtue mart nih
complicated sangat...tgk laa kalau ada masa
6) Hantar Savvy aku ke service center. Nak claim warranty power window dah intermittently functioning..adesss. Target pakai 5 tahun jer
kete nih, abis extended warranty ingat mau tolak...ambik kete lain dgn teknology baru , mungkin engine kuasa elektrik ha..ha.
|
|
Written by Azuar Sattar
|
|
Tuesday, 25 August 2009 14:21 |
Panduan bacaan Selawat, Tasbih dan Doa solat tarawikh untuk Bilal dan makmum.





Bacaan Tasbih dan Selawat (selepas rakaat 4,8,12,16,20)


|
|
Last Updated on Tuesday, 25 August 2009 14:50 |
|
Written by Azuar Sattar
|
|
Friday, 21 August 2009 16:17 |
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):

Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.
Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.
Lafaz niat puasa harian Ramadhan

“ Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala. ”
Maksudnya :“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.
|
|
Written by Azuar Sattar
|
|
Friday, 21 August 2009 12:10 |
Aku ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan pada tahun ini 1430. Semoga kita semua dapat meningkatkan ibadah lebih baik dari tahun-tahun yang lepas dan semoga Allah menerima segala ibadat kita di bulan yang mulia ini.

|
|
Last Updated on Friday, 21 August 2009 12:18 |
|
Written by Azuar Sattar
|
|
Wednesday, 19 August 2009 13:29 |
He..he....setelah pulih dari serangan semut......pokok cabai aku yang ditanam dalam polibeg kecil telh mengeluarkan bunga utk kali kedua ..sama2 laa doakan semoga bunga lekat dan mengeluarkan buah. 1st round hari tuh dapat petik 10 biji sajaaaa sebelum semut serang.

|
|
Written by Azuar Sattar
|
|
Wednesday, 19 August 2009 11:47 |
Ini adalah analysis aku sendiri pasai aku ingin menjadi profesional trader..he..he....trade dgn risiko anda sendiri.
Ikut graph winning solution aku ...u/j hari ini telah mencecah level prediction reversal ...kemungkinan besar akan berlaku reversal skit..itu pendapat aku laa

Kelmarin u/j telah cecah fibo level 23.6 ...kemudian dia terus junam sehingga 94.12 hari ini ..aku aspect dia nak junam sampai 94.50 aje adoiii, semua post sell aku dah tutup ....berlonggok post long nih ...junam kalau mampus aku.
Tapi kalau ikut technical analysis aku nampak sekarang price macam telah membentuk double bottom ..macam nak berlaku reversal jaaa
Ikut analysis dari pihak profesional yang aku baca dalam internet ..ada mengatakan kemungkinan uj akan cecah 94.10 dan seterusnya 93.75, tapi kalau ikut pada technical analysis chart 1 hours aku dah tak berani nak short ..satgi floating plak ..sebab aku kata begitu kerana:-

a) CCI indi 1 hour telah canak atas mendekati -100 so macam nak berlaku reversal.
b) RSI telah menghampiri 30 iaitu kawasan oversold area
c) candlestick telah menjauhi line bawah BB cam nak reversal gak, predict dia akan cecah garisan tgh atau atas BB.
So kesimpulannya = Aku rasa uj cam nak reversal..tapi kemungkinan dia akan cecah ke price 94.10 -93.75. Resistance level sekarang adalah pada price 94.75 kalau cecah price ini kemungkinan besar ianya akan pergi ke 95.00 - 95.21 top kelmarin.
Kedudukan forex aku: Agak teruk juga kerana semua post sell telah tutup ..tinggai long jaaa..tak boh sl ..susah tul nak ubah perangai boh SL ...adoiii.
|
|
Last Updated on Wednesday, 19 August 2009 13:03 |
|
Written by Azuar Sattar
|
|
Wednesday, 19 August 2009 11:08 |
Ha...ha. ..aku membuat R&D gila lagi......tanam halia dalam polibeg, nak tgk jadik tak halia ...ha..ha. Utk pengetahuan semua utk terhasilnya halia muda memerlukan masa 4 bulan usia tanaman manakala untuk menghasilkan halia tua ianya memerlukan 8 bulan ...ho..ho....sungguh lama .Utk itu penanaman halia perlulah diusahakan dalam skala yang besar kalau tanam skit-skit mesti merugikan.
Aku saja try dari membiarkan polibeg kosong apa salahnya biarkan ianya berisi ...he..he. So tunggu la lagi 4-8 bulan utk melihat report aku ...ha..ha.

|
|
Written by Azuar Sattar
|
|
Wednesday, 19 August 2009 10:56 |
Aku terpaksa membuang pokok kacang buncis dan kacang panjang yang diserang oleh makhluk perosak...adeh R&D yang merugikan kali ini.....so tanaman kacang buncis dan kacang panjang secara hidroponik tidak akan aku lakukan lagi kerana ianya mudah diserang penyakit.

Macam diserang oleh hamama merah dari lalat putih. Binatang nih memang susah nak mampus..aku dah try bermacam2 racun serangga..pokok yang berjangkit terpaksa dibuang ......ianya terhasil dari lalat putih...so sekarang aku terpaksa bunuh lalat tuh secara manual guna tuala basah ..ha..ha.

|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 10 of 22 |