|
Written by Azuar Sattar
|
|
Tuesday, 29 September 2009 09:59 |
KEROPOK IKAN & UDANG
Bahan
Tepung Ubi 1 kg
Garam Halus Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Bahan Perasa (Monosodium Glutimate) Secukupnya
Air Bersih untuk merebus ikan Secukupnya
Isi Ikan* 1 kg
Fish Flavour/Prawn Flavour
* Atau isi udang
Cara Membuat Keropok Ikan:
• Ikan dibersihkan dan direbus; diambil isinya sahaja dan tulangnya diasingkan. Hancurhaluskan
Isi Ikan dengan blender, dan disukat sebanyak 1 kg.
• Gaulkan 1 kg Isi Ikan yang sudah diblender tadi dengan 1 kg Tepung Ubi bersama
Garam, Gula, Bahan Perasa (Flavour) dan Air Rebusan ikan tadi sehingga sebati; setakat
boleh diuli, lembut menjadi doh.
• Bentukkan adunan menjadi bulat-panjang, kira-kira antara 6 inci hingga 1 kaki
panjangnya dan dikukus selama 1 hinga 1 1/2 jam; tutupkan api..
• Angkat, dan biarkan adunan sejuk sendiri, dittos sehingga ia menjadi pejal. Ini adalah
Keropok Lekor (jika mahu membuat Keropok Lekor).
• Hiris adunan nipis-nipis dan dijemur sehingga kering; dan dimasukkan ke dalam
bungkusan plastik.
Nota:
F Ikan hendaklah jenis yang sesuai untuk dibuat keropok.
F Tepung Sagu boleh digunakan menggantikan Tepung Ubi.
Untuk menjadikan Keropok dapat tahan lama dan tidak berkulat,F Sodium Benzoate
dimasukkan ke dalam Air Bersih terlebih dahulu. Sodium Benzoate yang digunakan
mestilah tidak melebihi 0.07%, iaitu bagi setiap 5 kg berat kesemua adunan yang sudah
dibancuh, gunakan 3.75 gram Sodium Benzoate. Adalah menjadi kesalahan dari segi
undang-undang jika Sodium Benzoate digunakan berlebihan daripada yang dihadkan
sebagai bahan pengawet atau preservatif.
Jika membuat Keropok Udang, adunannya sama juga dengan membuatF Keropok Ikan,
tetapi hanya menggunakan isi udang. Oleh kerana udang mahal harganya, boleh ditambah
Perasa Udang Tiruan ke dalam adunan.
PERUSAHAAN MEMBUAT KEROPOK
Peralatan Asas:
• Mesin pengasing tulang dengan isi ikan (Deboner Machine).
• Mesin Penggaul (Mixer).
• Mesin Pembentuk (Stuffer Machine).
• Pengukus dan periuk/kawah untuk memasak air kukusan.
• Mesin Penghiris (Chopper Machine).
• Peralatan untuk menyimpan ikan supaya ikan tidak rosak dan busuk.
Sekian.
|
|
|
Written by Azuar Sattar
|
|
Friday, 25 September 2009 05:10 |
BAGI sesetengah orang, Syawal dianggap bulan berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup mereka.
Tetapi hakikatnya, pada Syawal masih terdapat ibadat puasa iaitu 'puasa enam'. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan.
Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu.
Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. "Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh." (Riwayat Muslim)
Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu (puasa Ramadan dan enam Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru dilahirkan ibunya.
Penegasan Nabi s.a.w itu menunjukkan puasa enam amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib. Baginda menggalakkan umatnya rajin beribadat, iaitu ibadat fardu disusuli amalan sunat.
Ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.
Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik- baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.
Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam bulan terbabit dan boleh juga dilakukan dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.
Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.
Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.
Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.
Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: `Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.
Imam As-Syafi'i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab `seyang tiap amalan dengan niatnya' bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.
Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.'
Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.
Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.
Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.
Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.
Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.
"Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih)."
Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tiba Ramadan akan datang.
Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah `membayar' terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.
Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.
|
|
Written by Azuar Sattar
|
|
Wednesday, 23 September 2009 16:38 |
Bapa aku baru saja menjalani pembedahan hari ini. Keadaan dia teruk juga tgk masa kluar bilik operation, biasa laa baru lepas operate , lagi pon bapa aku tak pernah masuk hospital dari muda, kena culture shock skit ..he...he.
So aku kena jaga laa bapa aku tiap2 malam sampai kluar wad ....
|
|
Written by Azuar Sattar
|
|
Tuesday, 08 September 2009 14:13 |
Hari ini anak aku dah masuk Hospital Pantai di wad 205A. Berapa hari dok kat sini pon tak tau laaa. Demam teruk ..kuman dah masuk ke dalam darah , dok kena makan ubat antibiotik jer

Tangan dah kena cucuk ho..ho
|
|
Written by Azuar Sattar
|
|
Monday, 07 September 2009 23:57 |
Anak aku demam teruk kali start semalam...sebenarnya dah dekat 2 minggu demam dan dah 4 kali pegi klinik ...tapi tak mau baik juga demam ini ...baik 2-3 hari... lepas tuh demam balik, kali ni nampak macam serius aja..rasa dah kena virus infection nih.
Aku mau pegi klinik lagi sekali ..mau minta surat pegi hospital ..bahaya jer nampak
|
|
Written by Azuar Sattar
|
|
Sunday, 06 September 2009 05:35 |
Baru-baru ini aku ada membeli ebook emas-emas yang hilang. Banyak rahsia dibongkarkan utk membuat profit / investment di dalam pembelian EMAS ini. Nak buka bisness EMAS pon boleh ...Aku dah pakat dgn rakanku ilham kalau harga emas junam bawah 900 nanti mungkin kami akan buka bisness emas utk memperluaskan lagi portfolio malaysiafx.
Selama ini Malaysiafx sudah involved dalam byk portfolio iaitu unit trust, saham dan forex. Modal yang agak tinggi juga diperlukan utk memulakan bisness emas ini..iaitu rm30k
Kepada semua ....ebook ini amat berbaloi.....sila click image di bawah utk maklumat lanjut mengenai ebook ini.

|
|
Last Updated on Sunday, 06 September 2009 05:44 |
|
Written by Azuar Sattar
|
|
Sunday, 06 September 2009 04:01 |
Hari Jumaat yang lalu dapat info dari Mat Yuih jualan gudang pakaian kanak-kanak dah bermula..apa lagi aku kul 9 pagi dah cargas ke lokasi. Anak aku demam hari itu ..aku cuma kasik duit kat bini aku duit utk dia pilih ......hasilnya leow rm300. Banyak gak beli lebih kurang 20 helai semua ...ha..ha pakaian raya 20 helai tahun ini anak aku balon.

Ini yang aku pantang tgk nih ...belum raya dia dah balon 3 pasang baju dah ..alahaiiiii

|
|
Written by Azuar Sattar
|
|
Sunday, 06 September 2009 03:47 |
Hari ini ..aku try lagi satu R&D iaitu semai pokok kunyit di dalam polibeg. Pokok Kunyit ini juga serba guna dari daun sampai laa ke akar ubinya boleh digunakan ...daun kunyit juga mahal di pasaran siot.
Dalam polibeg putih itu adalah pokok kunyit yang baru disemai hari ini....dalam polibeg hitam itu adalah pokok halia yang aku semai sebulan yang lalu ..lagi 7 bulan baru leh kutip hasil ..ha..ha.

|
|
Written by Azuar Sattar
|
|
Friday, 04 September 2009 12:46 |
Aku dah pening kepala laa nih ....budget bulanan asyik lari jer ...bulan nih mungkin bertambah teruk pasai minyak dah naik harga. Sendiri mau tau laa minyak kete aku sekarang nih pon dalam rm400/bulan ..lepas nih mungkin bertambah lagi. Adoii itu blum masuk harga barang yang pastinya akan naik ...sekarang pon aku tgk dah byk barang naik harga . Bengang tul aku time minyak turun harga barang tak turun plak ...semua buat dekkk jaaa tapi bila harga minyak naik jaaa harga barang terus naik ..mampuih laaa camnih ...memang teruk tul laa. So aku manusia biasa nih yang keja makan gaji tak dakprofit langsung dgn harga minyak turun naik dan harga barang terus naikkkkk kenalah buat sesuatu.
Sekarang nih duit dah tarak value...semakin lama value duit semakin susut ..so aku kena ambik sesuatu langkah utk lock aku punya asset dari terus susut .
Berikut adalah planning nya ha..ha:-
1) Mulai Sept-Dec 2009 ini duit gaji yang aku dapat melalui malaysiafx akan aku laburkan kembali ke dalam arena FOREX.
Ianya akan dijadikan modal utk aku trade ....secara tak langsung akan pertajamkan skill aku utk jadik trader yang berjaya
Kalau ada keuntungan dalam forex ini aku akan gunakan utk settle bill, minyak dan loan kete dan umah.
2) Lebihan wang aku akan buat saving se max yang mungkin ...semua akan disumbat ke dalam ASB utk kasik max 200k. Aku target
lagi 8 tahun utk capai target itu.
Utk capai target itu beberapa perkara aku telah aturkan:-
a) Aku telah buat OD-ASB sebanyak rm30k
b) Loan ASB rm100k ( dok tunggu bank approval) Duit loan akan dibayar dgn menggunakan duit OD-ASB.
3) Aku akan secure sedikit duit utk beli EMAS (GOLD). Emas tidak pernah di makan oleh Inflasi dari dulu lagi, so ianya
satu mechanism yang dapat lock asset.
Lagi pon aku jadik takut juga setelah membaca hadith di berikut:-
Hadith Nabi Muhammad S.A.W:> Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda : Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas
Dan Perak. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)
Daripada Graph berikut kita dapat lihat value wang terus menurun

Emas pula terus naik.......

|
|
Last Updated on Thursday, 10 September 2009 08:54 |
|
Written by Azuar Sattar
|
|
Wednesday, 02 September 2009 12:54 |
Hari ini aku beli Air Purifier brand Sharp ...paling cikai punya laa harga dalam rm759. Nak beli yang mahal tak mampu laa...Air Purifier ini hanya ada 2 filter iaitu carbon filter dan HEPA filter, dust filter tarak plak ...camana dia nak perangkap habuk nihh.aku pon heran ..he..he. Namun Air purifier ini dilengkapi dgn ion plasmacluster the merembeskan ion2 negative dan positive di udara utk meneutralkan particle/bakteria....camana dia berindak dan berfungsi aku tak tau laa mende nih tak leh tgk dgn mata kasar ..ha..ha samada mende itu function atau tidak pon aku tak tau.
Tgk laa pakai seminggu rasa camana tak leh nak kasik komen lagi...yang mahal 2 tuh sempoi laa siap sampai 16 filter ...tapi jenuh nak maintain laa.

|
|
Written by Azuar Sattar
|
|
Tuesday, 01 September 2009 03:01 |
Ho..ho ...kejap jer cuti 5 hari aku abis....cuti ini aku berjaya format pda dan install garmin mobile xt dgn pertolongan ilham. Install ubuntu 9.04 kat pc tukun AMD dgn bantuan mat yuih, tanam pokok secara hidroponik ...vacum umahhh dan sebagainya...he..he.
So malam nih aku keja malam .....so seebelum pegi keja malam aku mau settle beberapa perkara:-
1) Cash Cek ..dapat dividen hasil pegangan saham Kinsteel Berhad. Diorang kasik dividen 1.7% ada pegangan share MalaysiaFx
sebanyak 10k unit so dapatlaa rm170.
2) Mau pegi tanya pasal Loan ASB 100k aku ..tak approve lagi dah dekat 3 bulan sloww..tul CIMB nih. Camana aku nak start merempit
misi 200k dgn menggunakan Overdraft aku nih ....dok bayar interest kat OD dah 3 bulan tapi tak pakai lagi..huk..huk. rm5/bulan
minimum diorang potong
3) Mau ronda2 ushar Air Purifier....rumah aku byk habuk sangat laaa...sekurang2 nak boh dalam bilik pasai aku byk lepak dalam bilik
nih ....nak kasik quality udara bersih skit.....tahukah anda sehari anda menyedut udara sebanyak 15kg..
Sesiapa tolong laa rekemen Air Purifier brand apa yang ok ....aku dok ushar sharp dan lg sekarang nih
Ok Chowwwwww
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 9 of 22 |