He...he. saya tertarik dgn article dari blog Pakdi tentang bagaimana susu ibu boleh menjadi satu mekanisma perancangan kewangan yang bagus utk si Bapa.. Tidak dinafikan susu ibu membawa byk kebaikan kepada si ibu dan anak malah ianya dapat memberi sedikit benefit kepada si bapa......so layannnnnnnnnnnnnnnn!!!!!
Kaum bapa seharusnya sama-sama ke hadapan untuk menggalakkan penyusuan susu ibu secara eksklusif terhadap semua (bakal) anak-anaknya kerana anda dapat menjimatkan banyak wang.
Ya. Anda boleh jimatkan lebih banyak wang dan merancang kewangan dengan lebih efektif apabila isteri anda menyusukan anak anda secara eksklusif.
Penjimatan # 1 Tak payah beli susu tepung
Kalau seminggu kos susu anak mencecah RM 50 seminggu, maka penjimatan setiap bulan adalah sebanyak RM 200. Itu direct expense yang bakal anda jimat.
Ditakdirkan dapat anak yang ada alahan tertentu dan hanya boleh minum susu mahal sahaja, amacam ?
Penjimatan # 2 Anak Lebih Sihat, Kurang ke Klinik
Dengan khasiat semulajadi susu ibu yang Allah swt beri ini, insyaAllah, anak kita juga akan lebih sihat kerana mendapat antibodi yang lebih sesuai. Ini secara tidak langsung menjimatkan bakal perbelanjaan keluar dan masuk klinik setiap bulan.
Jumlah yang bakal dijimatkan = RM xxx
Penjimatan # 3 Isteri Lebih Cun tanpa Perlu ke Slimming Class
Sudah tentu anda tidak perlu bagi subsidi, separa subsidi kepada isteri anda ke kelas-kelas senaman dan program melangsingkan badan kerana penyusuan susu ibu sahaja menghabiskan kira-kira 500 kalori sehari. Anda kena ingat, kalau anda tak beri subsidi, nanti isteri sudah tidak ngetop, anda janganlah komen pula. (Kaum ibu sokong tak ?)
Jumlah yang bakal dijimatkan = RM xxx
Suntikan Modal Untuk Dana Pendidikan dan Keperluan Kesihatan
Selaku bapa yang celik kewangan, setelah menyediakan keperluan asas, anda boleh menggunakan duit yang terhasil dari 3 faedah penjimatan di atas untuk kegunaan masa hadapan anak-anak anda seperti penyediaan tabung pendidikan.
Sekiranya anda sudah mempunyai bajet tersendiri untuk tabung pendidikan, maka sudah tentu anda boleh mula pula mendapatkan perlindungan takaful atau menyediakan stem cell khas untuk anak anda pula.
Suntikan Modal Untuk Berterima Kasih kepada Isteri
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya … (Al-Baqarah : 233)
Maka sekiranya anda memahami ayat Quran di atas, sudah tentulah kewajipan si bapa adalah menjaga kebajikan ibu yang menyusukan anak mereka sebaik-baiknya. Hari-hari si ibu dah susukan anak dan apabila dah boleh jimatkan duit tu, pandai-pandailah gunakan sebahagian duit itu untuk memanjakan si ibu pula. Kan kan kan ?
Siapa kata susu ibu tidak ada khasiat untuk perancangan kewangan kaum bapa?
|