7 May 2010 - Tutup kedai terus beb ..kena tsunami semalam ...kena tunggu tgk modal akan datang.
26 March 2010 5.34am Till to date investment forex aku lost about 10.3% from my capital...mungkin akan lost byk lagi, ternyata aku kalah melawan emosiku.
04 Feb 2010 9.53pm
Esok hari Jumaat nak start trade forex secara aktif balik...coba nasib tahun 2010
[Azuar] : Shoutbox baru sumbangan ilham ..nak post sila kasik jawapan kat captcha ..harap tiada spam dah
azuar : blog carca marba..ha..ha
melayu : blog ape nie...
melayu : alo..alo..
guest_997 : hello
azuar : Apa Barang nih spread dinar emas public gold dah besaq...yaapur
azuar : spam tak abis2
azuar : sudah beli daaa pakai duit bonus
azuar : Harga emas junam skit ...patutkah aku wat pelaburan 1 dinar???
azuar : kawee..buat facebook plak baru nak tau ..ketinggalan zaman
azuar : hidup ini bisa gampang
azuar : Rasyid: Nanti nak wat bisness card aku cari hang...he..he
rashid_doart : azuar, kadang nak menega ni kena ada biz card.. baru kelas. ada pre ink stamp company sekali.. senang nak cop2 . heh :-) www.doartwork.com.. package RM50
azuar : Razifembi : Ada lagi satu set jer kat saya ..nak ker? Ini last stock saya. Nak contact saya 019-4586374 kay. Email apa nih suruh email tapi takder address
awang : azuar tlg ajaq mai, cek nak try memorex...blh kaya ka...
Razifembi : Ada jual set hidroponik ker Tuan? sila email saya info ... TQ
FXPUTRA : Trade Currency ok, saje nk asah skill analisa, ramai kata gold gerak laju, kot bro ada tips istimewa, heheee...
Yehaa....duit OT Tahun Baru Cina aku telah perabihkan dgn upgrade equipment dapur. Dapur brand Zanussi pemberian mak aku telah tak berapa ok asyik tersumbat ..almaklumlah dah berusia dekat 15 tahun ...memang berbaloiii.
Kali ini aku upgrade:
1) Kabinet Dapur - rm300
2) Hood brand Faber - rm400
3) Dapur brand Faber - rm200
So total semua leow laa rm900, harap bertahan lama laa mende nih semua ..he..he
Ramai orang yang hilang minat apabila mendengar perkataan ‘portfolio’ kerana menganggap ianya sesuatu yang rumit dan hanya diperlukan oleh golongan kaya ataupun pakar kewangan sahaja. Hakikatnya, portfolio pelaburan hanyalah suatu rekod yang menunjukkan bagaimana anda membahagikan wang anda dalam kategori-kategori aset yang berlainan. Dengan adanya portfolio pelaburan, anda akan mempunyai cara yang lebih teratur dalam menentukan prestasi kewangan anda untuk memastikan hala tuju kewangan yang tepat .
Berikut adalah 3 Langkah Mudah Untuk Membina Portfolio Pelaburan
Langkah 1: Tetapkan Matlamat Kewangan Anda
Sebelum membina portfolio pelaburan, pastikan anda menetapkan matlamat kewangan anda terlebih dahulu. Contoh-contoh matlamat kewangan termasuklah menabung untuk persaraan awal, menabung untuk pendidikan anak-anak ataupun untuk membeli hartanah dan sebagainya.
Langkah 2: Pengurusan Kewangan
Setelah menetapkan matlamat kewangan, kenal pasti berapa jumlah wang yang anda ada. Anda perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk keperluan jangka masa pendek dan wang yang secukupnya untuk saat-saat kecemasan. Jumlah yang diperuntukkan sebaik-baiknya menyamai perbelanjaan anda untuk 3 hingga 6 bulan.
Langkah 3: 1, 2, Mula!
Selepas membuat langkah 1 dan 2, anda kini sudah bersedia untuk memulakan pengembaraan anda dalam dunia pelaburan. Selain wang yang ada, anda seharusnya merancang untuk melabur sebahagian daripada gaji bulanan anda. Di sini pakar-pakar kewangan menasihatkan anda melabur lebih kurang 10%-20% daripada gaji anda sebulan.
Pilihan pelaburan anda
Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran untuk disesuaikan dengan tahap risiko dan pulangan anda. Pelaburan yang berisiko rendah seperti sijil deposit bank menawarkan pulangan yang rendah. Pelaburan dalam hartanah pula menawarkan pulangan tinggi dengan risiko yang sama tinggi dan tahap kecairan yang rendah. Walaupun pilihan produk pelaburan bergantung sepenuhnya kepada keperluan individu dan ufuk pelaburan, kombinasi pelaburan dalam portfolio anda perlu mengimbangkan risiko yang boleh ditanggung dan pulangan yang diharapkan. Menyimpan kesemua wang anda dalam deposit bank sememangnya selamat, tetapi pulangannya juga rendah, malah kadang-kala pulangannya adalah negatif apabila kadar faedah yang ditawarkan lebih rendah daripada kadar inflasi. Menurut prestasi yang lampau, pelaburan saham boleh memberikan pulangan 10% dalam jangka masa panjang degan tahap risiko yang sederhana. Oleh kerana ramai orang yang biasa dengan pelaburan saham dan tidak sukar untuk mula melabur dalamnya, ia adalah pelaburan yang sangat sesuai untuk jangka masa sederhana dan panjang.
Jangan lupa untuk mempelbagaikan pelaburan
Satu aspek penting dalam membina portfolio ialah pempelbagaian, maka elakkan daripada melabur kesemua wang anda dalam satu pelaburan sahaja. Jika anda melabur wang anda dalam saham satu syarikat sahaja, anda akan kehilangan kesemua wang anda sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada syarikat tersebut. Ini lazimnya berlaku di kalangan pekerja sesuatu syarikat dimana pekerja-pekerja lazim melaburkan kesemua wang mereka dalam saham syarikat majikan mereka. Bayangkan sekiranya syarikat tersebut menjadi muflis, mereka bukan sahaja akan kehilangan kerja, malah akan turut kehilangan wang yang telah dilaburkan dalam saham syarikat tersebut. Dengan mempelbagaikan pelaburan dalam beberapa industri dan syarikat, anda mengurangkan risiko kehilangan wang anda. Ini kerana, kerugian yang dialami dalam satu syarikat diimbangkan oleh keuntungan dalam syarikat lain.
Unit Amanah sebagai pilihan pelaburan
Jika anda mempunyai wang yang terhad atau ini merupakan kali pertama anda melabur, mungkin anda ingin bermula dengan dana unit amanah. Ini kerana ia menawarkan kepelbagaian dan anda juga tidak perlu berhempas- pulas membuat kajian untuk menentukan syarikat mana yang sesuai untuk anda melabur. Oleh kerana anda tidak perlu bersusah-payah, maka anda akan dikenakan yuran pengurusan oleh syarikat pengurus dana. Dengan dana unit amanah, anda juga berpeluang untuk mempelbagaikan lagi pelaburan anda dengan memilih jenis dana, sama ada dana pertumbuhan, dana ekuiti atau dana bon. Ini membolehkan anda melabur dalam pelbagai segmen pasaran. Satu perkara penting dalam memilih dana unit amanah ialah anda perlu membaca prospektus dan kandungannya dengan teliti kerana ia menawarkan maklumat yang penting dalam memahami prestasi dana tersebut sebelum anda melabur. Pastikan anda benar-benar faham tentang gajaran dan risiko pelaburan unit amanah sebelum memulakan pelaburan.
Awasi Portfolio Pelaburan Anda
Jangan fikir bahawa tugas anda telah selesai setelah anda membina portfolio anda. Anda perlu terus mengawasi prestasi dan menilai semula kombinasi pelaburan anda berdasarkan tahap kehidupan, masa dan apabila situasi berubah. Anda perlu mengubah pegangan portfolio anda untuk memenuhi keperluan anda. Anda perlu melakukan perkara ini secara berterusan selagi mana anda melabur. Dengan disiplin dan strategi pelaburan yang sesuai, portfolio pelaburan anda akan membantu anda mencapai matlamat kewangan anda yang dahulunya mungkin satu matlamat yang sukar dikecapi.
ini satu artikel aku cedok dr laburniaga...memandangkan sekarang scomi dah drop pada harga yang agak rendah....aku kena tunggu bulan 5 nanti samada company nih ok kaaa tak? aku beli harga 43sen, sekarang 38sen...rugi tuuu, aku dlm planning nak averagekan pegangan stock ini
Prestasi kurang baik pada 2009 kerana kemerosotan nilai muhibah dan hapus kira hutang lapuk Ada seorang pembaca bertanyakan tentang Scomi Group, yang harga sahamnya semakin menurun kebelakangan ini. Prestasinya pada tahun kewangan 2009 adalah kurang baik berbanding 2008 menyebabkan kejatuhan harga saham. Terlebih dahulu sedikit latar belakang mengenai Scomi Group. Syarikat ini ialah sebuah syarikat pegangan pelaburan dengan empat anak syarikat utama, iaitu Scomi Oiltools, Scomi Engineering (tersenari), Scomi Oilserve dan Scomi Marine (tersenarai). Secara ringkasnya, daripada operasi anak-anak syarikat ini, Scomi ialah antara pembekal perkhidmatan global dalam indusri minyak dan gas; perniagaan monorail, bas dan kenderaan khas; dan sewa kapal dan logistik marin. Antara projek terkenalnya yang sering mendapat liputan akhbar ialah projek monorail di Mumbai yang sedang dalam proses pelaksanaan. Berikut adalah keputusan pendapatan sesaham (sen) Scomi Group dalam tempoh 5 tahun lepas: 2005 2006 2007 2008 2009 - 0 - 7.5 - 10.2 - 11.3 - 0.94 Di bawah adalah carta Scomi untuk tempoh 5 tahun lepas. Dipetik daripada Bursa Station Syarikat telah mencatatkan prestasi kurang baik pada 2009 disebabkan oleh kerugian akibat kemerostan nilai muhibah bernilai RM227 juta dan juga peruntukan hutang ragu sebanyak RM14 juta (kedua-duanya dialami sekali dan tidak berulang). Jika kedua-duanya tidak diambil kira syarikat akan mencatatkan keuntungan RM56.9 juta. Syarikat meramalkan bahawa suasana operasi bagi perniagaan teras lebih baik pada 2010. Jika syarikat tidak mengalami sebarang kerugian akibat peristiwa lain, keputusan pada 2010 dijangka kukuh. Walau apa pun, kita kena tunggu dan lihat dan keputusan pada suku pertama 2010 (biasanya diumumkan pada hujung Mei) untuk melihat sama ada prestasi Scomi akan meningkat. Bagi mereka yang yakin bahawa Scomi mampu mencatatkan prestasi lebih mantap, saya rasa masa terbaik untuk membeli ialah sekarang kerana harganya hanya 38.5 sen pada hujung minggu lepas (12 Mac). Tetapi bagi mereka yang mahu mengambil pendekatan tunggu dan lihat, tunggulah sampai keputusan suku tahunan seterusnya diumumkan. Pada pandangan saya. harga Scomi akan dipacu oleh dua perkara, iaitu spekulasi dan juga prestasi kewangannya pada suku tahun akan datang. Walau apa pun, seperti lazimnya dengan saham-saham yang ada risiko, saya cadangkan anda tetapkan stop loss apabila anda membeli untuk mengelakkan kerugian besar
Ho..ho dah announce dah dividen, bila duit dah masuk nanti aku nak kluarkan duit akaun 2 utk kurangkan skit hutang rumah. Lepas tuh ingat bulan 6 nanti nak refinance.
KUALA LUMPUR 5 Mac - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen lebih tinggi sebanyak 5.65 peratus bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2009, berbanding 4.50 peratus pada tahun sebelumnya.
Kadar dividen itu diumumkan setelah KWSP memperoleh pendapatan bersih tertinggi pernah dicapai sebanyak RM19.63 bilion tahun lepas.
KWSP dalam kenyataannya di sini berkata, pendapatan bersih itu merupakan peningkatan 34.82 peratus berbanding RM14.56 bilion yang dicatatkan pada 2008.
Kadar dividen 2009 menyaksikan peningkatan ketara sebanyak 115 mata asas berbanding kadar 4.50 peratus yang dibayar pada 2008.
"2009 merupakan tahun penting bagi KWSP kerana berjaya keluar daripada krisis kewangan global walaupun berdepan dengan persekitaran ekonomi yang kurang memberangsangkan. KWSP juga masih berupaya memberikan prestasi kukuh pada tahun ini," kata Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman di sini hari ini.
Menurut Samsudin, berikutan meningkatnya kadar dividen itu, KWSP memerlukan sejumlah RM3.43 bilion untuk membayar satu peratus dividen kerana jumlah ahli yang juga telah bertambah.
"Jumlah itu meningkat 7.86 peratus berbanding RM3.18 bilion yang diperlukan bagi membayar satu peratus dividen pada 2008," kata beliau.
Samsudin berkata, para pencarum KWSP boleh menyemak dividen 2009 yang dikreditkan ke dalam akaun mereka mulai Isnin ini.
Mengulas lanjut tentang pencapaian tahun kewangan itu, beliau berkata, pada 2009 sebanyak 72.53 peratus pelaburan KWSP dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap selaras dengan pendekatan pelaburan berhemah yang diamalkan diikuti pelaburan ekuiti (27.05 peratus) dan selebihnya dalam hartanah.
Samsudin berkata, sehingga 31 Disember lalu portfolio pelaburan KWSP meningkat 8.55 peratus atau RM29.25 bilion kepada RM371.26 bilion berbanding RM342.01 bilion pada tahun sebelumnya.
Dana KWSP antara lain dilabur dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia sebanyak RM93.11 bilion, pinjaman dan bon (RM152.96 bilion), ekuiti (RM100.43 bilion), instrumen pasaran wang (RM23.21 bilion) dan hartanah (RM1.55 bilion).
Samsudin menambah, prospek 2010 bergantung kepada prestasi ekonomi negara dan global.
"Pada masa ini, keadaan pasaran kewangan global masih tidak stabil dan boleh memberi kesan kepada nilai pelaburan dan pendapatan masa depan KWSP.
"Bagaimanapun, KWSP akan terus memberi tumpuan kepada matlamat utamanya melindungi simpanan ahli dan memberikan pulangan nyata yang munasabah," tambah beliau.
Investment aku dlm syarikat berkaitan minyak iaitu scomi terus merudum ...sekarang dah cecah 40sen berbnding belian aku pd 43sen. Jikalau terus merudum aku akan labur skit lagi utk averagekan dia. harap tahun 2010 akan beroleh keuntungan utk beri kenyakinan.
Hari ini kilang aku putus bekalan elekrtik. tunggu hampir 4jam still tak ok. Last kul 11 management kasik balik, sekarang kat umah x leh tido...hu..hu.