7 May 2010 - Tutup kedai terus beb ..kena tsunami semalam ...kena tunggu tgk modal akan datang.
26 March 2010 5.34am Till to date investment forex aku lost about 10.3% from my capital...mungkin akan lost byk lagi, ternyata aku kalah melawan emosiku.
04 Feb 2010 9.53pm
Esok hari Jumaat nak start trade forex secara aktif balik...coba nasib tahun 2010
[Azuar] : Shoutbox baru sumbangan ilham ..nak post sila kasik jawapan kat captcha ..harap tiada spam dah
azuar : blog carca marba..ha..ha
melayu : blog ape nie...
melayu : alo..alo..
guest_997 : hello
azuar : Apa Barang nih spread dinar emas public gold dah besaq...yaapur
azuar : spam tak abis2
azuar : sudah beli daaa pakai duit bonus
azuar : Harga emas junam skit ...patutkah aku wat pelaburan 1 dinar???
azuar : kawee..buat facebook plak baru nak tau ..ketinggalan zaman
azuar : hidup ini bisa gampang
azuar : Rasyid: Nanti nak wat bisness card aku cari hang...he..he
rashid_doart : azuar, kadang nak menega ni kena ada biz card.. baru kelas. ada pre ink stamp company sekali.. senang nak cop2 . heh :-) www.doartwork.com.. package RM50
azuar : Razifembi : Ada lagi satu set jer kat saya ..nak ker? Ini last stock saya. Nak contact saya 019-4586374 kay. Email apa nih suruh email tapi takder address
awang : azuar tlg ajaq mai, cek nak try memorex...blh kaya ka...
Razifembi : Ada jual set hidroponik ker Tuan? sila email saya info ... TQ
FXPUTRA : Trade Currency ok, saje nk asah skill analisa, ramai kata gold gerak laju, kot bro ada tips istimewa, heheee...
7 Feb 2009 Kelab Savvy iaitu SAVOC NRU ada membuat perjumpaan di pantai robina , kira2 40 biji kereta savvy telah hadir pada perjumpaan kali ini..utk melihat gambar2 lebih lanjut sila click gambar di bawah ini.
Inilahh hasil modification 1 Phase Savvy aku utk kasik nampak sporty. Lihat laa hasilnya ...he..he project perabih duit ini:-
Modifiksi yang dilakukan custom made diffuser lips ( aku spray sendiri) dan Carbon Fibre Laminated Sticker kat depan tuh.
www.azuar.org akhirnya terpahat jua di savvy ini... dah lama aku idamkan ..
Cun gak lambang proton baru nih
Custom made diffuser ..tapi aku tak puas hati tak lawa jika dibandingkan dgn yang dah siap utk r3 bodykit punya. Aku bodykit 2008 kena custom made ..pi tinggai kete tgk2 hasil cam hampeh , tapi dah wat kena pakai jaa laaa.
Alahaiiii ...FOREX...FOREX... apalaaa nasibku ini dalam forex ini ...setelah dapat kluarkan modal ..dan menikmati keuntungan seringkali aku leow ....dah berapa kali dah macam nih ...sedeyyynya ....nampak gayanya rezki aku hanyala melalui keja aku sebagai admin di MalaysiaFx.org ....dapat gak ler side income kat situ ..tah berapa lama lagi leh bertahan ..di samping itu aku akan terus berusaha di FOREX ini ...never giveup forever
Masa pegi perlis hari tuh anak sedara aku ada cakap Guar Kelam baru ada dibuka iaitu Guar Kelam 2 naik keretapi katanya.. Apa lagi aku pon ajak ler depa pegi sekali ..Guar Kelam 1 kita kena jalan masuk tapi Guar Kelam ini masuk pakai Keretapi . Ajak jauh juga masuk ke dalam lebih kurang 500 meter sebelum keretapi sampai ke destinasinya ...suasana dalam gua amat nyaman sekali sejuk jer dada menghirup udara segar yang tak tercemar . Gua Kelam 2 adalah tempat perlombongan bijih suatu masa dulu ...sila click gambar di bawah itu menikmati slideshow gambar2 yang aku tangkap.
Bulan Dec yang lalu aku dan family ada pegi cameron highland. Itu adalah first time aku pegi ke sana..he..he.
Aku pegi ke sana fully dng bantuan GPS. Sila click gambar dibawah utk slideshow .
Jihad diri aku telah bermula ..membeli produk2 yang confirm halal. Pertama ini aku beli barang keperluan harian seperti sos tomato, sos cili, sabun mandi, ubat gigi, air bikarbonat, sabun cuci kain dan kopi radix.
Tidakkah anda semua tersentuh hati melihat gambar begini????
Umat islam yang tak berdosa terus ditindas oleh org Yahudi. Aku sebagai seorang Islam tergerak hati utk memulakan jihad tapi jihad yang bagaimana??? Aku tak mampu pegi ke Palestin utk berperang ..tarak skill utk berperang ...salah satu caranya yang boleh aku lakukan adalah dgn boikot barangan Yahudi dalam kehidupan seharian aku. Iaya berhukum harus dalam Islam tatkala ini..setidak-tidaknya jika jualan product barangan yahudi ini berkurang ..syarikat2 ini semestinya menggesa kerajaan mereka menghentikan keganasan .
Boikot product Yahudi...he..he product intel pon ada kaa...
So mulai saat ini aku akan akan sedaya-upaya aku akan menggunakakan product berlandaskan pembuatan islam dalam penggunaan baranga harian aku. Sekarang ini org kafir memasukkan unsur yang tidak halal tanpa kita sedari dalam kebanyakan barangan harian kita seperti sabun , ubat gigi , makanan dan sebagainya laaa.
Dalam mencari-mencari akhirnya aku memilih product HPA.
HPA adalah sebuah syarikat MLM ...tapi timbul plak persoalan MLM HARAM seperti dinyatakan oleh ustaz zaharudiin . Berikut adalah feedback dari pihak HPA mengenai isu MLM Haram , bleh baca di SINI
HPA mempunyai badan syariah mereka sendiri dan MLM HPA telah diistiharkan Halal oleh badan syariah di Indonesia ...di malaysia masih tidak ada badan yang menbincangkan hal ini secara serius cuma ianya pendapat golongan ulama tertentu ..sepatutnya semua ulama patut duduk semeja mmbincangkan permasalahan ini dgn mengeluarkan fatwa ..baru semuanya jelas.
Apa2 pon aim aku utk menggunakkan product islam ...buat masa ini ..mungkin di masa hadapan mungkin menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan insyaallah...
Seperti yang heboh sekarang nih ..2 platform intel kat penang iaitu PG6 dan PG7 akan ditutup. Mengikut sidang media dalam tv yang diberitahu oleh Ketua Menteri Pulau Pinang ...tiada pekerja akan diberhentikan kerana semuanya akan diserap ke bangunan lain yang terdapat di kulim dan penang. Persoalannya kemanakah diorang nak sumbat seramai 1000 org tuh ..memandangkan sekarang tgk bangunan lain pon production tidak jalan 100%.
Aku rasa pekerja contract akan menanggung kesan daripada keaadaan ini ..mereka adalah mangsa pertama yang akan diberhentikan ..apa leh buat .
Aku sebagai seorg pekerja Intel nih pon rasa seriau dah ...sekarang aku kerja di bangunan PG8 . Rasanya PG8 akan bertahan kot pasai dia kluarkan product terkini Intel iaitu i7 product.
Apa pon lihatlahh komen pekerja intel yang dipetik dalam papaer berita harian hari ni 24 jan, sila click read more
Hu..hu aku dah start cuti 19 hari ..kilang shutdown..mampus nak wat apa ...cuti tahunan pon byk kena potong uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....uwaaaaaaaaaaaa
Kejap jer cuti 3 hari aku dah abis...hari nih keja malam. 3 hari ini byk aku habiskan di persekitaran umah ...aku buat tempat pautan utk pokok anggur ...tanam pokok cili, semai pokok sawi dan kailan, buat medium utk cacing, pack baja vermikompos. handle support malaysiafx sebab semua admin tak available.
Minggu nih keja malam 3 hari ...lepas tuh kilang akan shutdown selama 2 minggu lebih.