Sep 08
Wednesday

Vote For Me

Berapa kalikah Anda Melawat Blog ini dalam seminggu?
 

Gold, Stock, Forex Quote


US Dollar Index

[Most Recent USD from www.kitco.com]

 

Harga Minyak Dunia


 

Harga MataWang USD/JPY

[Most Recent Exchange Rate from www.kitco.com]

 

Harga Emas Dunia

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

 

Harga Emas Segram (RM$)

[Most Recent Quotes from www.11.com.my]

 

Harga Public Gold Dinar


 

Harga Public Gold Bar


 

My Stock Portfolio

SCOMI - buy 43sen - CLOSED 51sen (profit 14%)
SCOMIMR - buy 41sen - HOLD
ETITECH - buy 38.5sen - HOLD

My Forex Update

7 May 2010  - Tutup kedai terus beb ..kena tsunami semalam ...kena tunggu tgk modal akan datang.


 
26 March 2010 5.34am
Till to date investment forex aku lost about 10.3% from my capital...mungkin akan lost byk lagi, ternyata aku kalah melawan emosiku.

 
04 Feb 2010 9.53pm
Esok hari Jumaat nak start trade forex secara aktif balik...coba nasib tahun 2010


 

Contact Me

Contact me: Azuar Sattar

YM id: teratak_inc

Skypee id: azuar_sattar

ICQ: 578645332


EMAIL:

azuarsattar[at]live.com

Who's Online

We have 8 guests online

Shout Box

Latest Message: 2 months ago
  • faizfakhirin : bro...jom tukar link....«link»
  • Oxwfdwgv : sMCeeD hkfsfasw imfgnc iomvzk xfyij ncrpiump hswfkdqf isrkcdmkb
  • Azuar : testing
  • [Azuar] : Shoutbox baru sumbangan ilham ..nak post sila kasik jawapan kat captcha ..harap tiada spam dah
  • azuar : blog carca marba..ha..ha
  • melayu : blog ape nie...
  • melayu : alo..alo..
  • guest_997 : hello
  • azuar : Apa Barang nih spread dinar emas public gold dah besaq...yaapur
  • azuar : spam tak abis2
  • azuar : sudah beli daaa pakai duit bonus
  • azuar : Harga emas junam skit ...patutkah aku wat pelaburan 1 dinar???
  • azuar : kawee..buat facebook plak baru nak tau ..ketinggalan zaman
  • azuar : hidup ini bisa gampang
  • azuar : Rasyid: Nanti nak wat bisness card aku cari hang...he..he
  • rashid_doart : azuar, kadang nak menega ni kena ada biz card.. baru kelas. ada pre ink stamp company sekali.. senang nak cop2 . heh :-) www.doartwork.com.. package RM50
  • azuar : Razifembi : Ada lagi satu set jer kat saya ..nak ker? Ini last stock saya. Nak contact saya 019-4586374 kay. Email apa nih suruh email tapi takder address
  • awang : azuar tlg ajaq mai, cek nak try memorex...blh kaya ka...
  • Razifembi : Ada jual set hidroponik ker Tuan? sila email saya info ... TQ
  • FXPUTRA : Trade Currency ok, saje nk asah skill analisa, ramai kata gold gerak laju, kot bro ada tips istimewa, heheee...
View archive


Visitor Stats

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday70
mod_vvisit_counterYesterday125
mod_vvisit_counterThis week357
mod_vvisit_counterThis month1236
mod_vvisit_counterAll74486

Usefull Weblink

P3093061.JPG.jpg
Pelbagai Indeks Mewakili Bahagian Pasaran Berbeza
Written by Azuar Sattar   
Monday, 30 August 2010 08:58
Patut pon aku tgk Index KLCI naik tapi saham aku beli semua dok turun ..rupanya byk lagi index lain yang perlu diberi perhatian ..good info, next time aku kena wat kajian menyeluruh terhadap index lain sebelum memasuki pasaran..sila baca artikel di bawah.

Pelbagai Indeks Mewakili Bahagian Pasaran Berbeza

Indeks pasaran saham umumnya mengukur prestasi pasaran saham, sektor pasaran saham atau segmen tertentu pasaran saham. Indeks boleh digunakan untuk:
Meninjau kedudukan seluruh pasaran serta bahagian, sektor atau segmen pasaranMenjadi penanda aras atau pengukur prestasi portfolio saham atau danaDitiru pergerakannya menerusi dana atau ETF supaya pelabur boleh melabur dalam indeks tersebutMereka yang baru berjinak-jinak dengan saham mungkin terperanjat jika diberitahu bahawa indeks yang paling menjadi rujukan ramai, iaitu FBM KLCI (Indeks Komposit Kuala Lumpur) hanya merangkumi 30 saham sahaja berbanding beratus-ratus saham di Bursa Malaysia.

Kadang kala anda mungkin tertanya kenapa banyak saham jatuh sedangkan indeks pula naik? Ini kerana FBM KLCI hanya mewakili 30 saham utama. Jadi untuk memberikan gambaran lebih jelas saya senaraikan beberapa indeks umum di Pasaran Utama dan Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Indeks Umum

FBM KLCI
Indeks utama yang meliputi 30 syrikat terbesar di Bursa Malaysia berasaskan modal pasaran penuh.

[Image]Dipetik daripada Bursa Station

FBM 70
Terdiri daripada 70 syarikat terbesar selepas saham dalam FBM KLCI, berasaskan modal pasaran

FBM 100
Gabungan antara FBM KLCI dan FBM 70

FBM Small Cap
Merangkumi 98% daripada saham dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia, tetapi tidak termasuk saham-saham dalam FBM 100

[Image]Dipetik daripada Bursa Station

FBM Emas
Terdiri daripada saham dalam FBM 100 dan FBM Small Cap. Merangkumi 98% daripada saham di Bursa Malaysia.

FBM Ace
Terdiri daripada semua syarikat yang layak yang tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

FBM Palm Oil
Indeks ini merangkumi syarikat dalam FBM Emas yang meraih sebahagian besar hasil daripada kegiatan perladangan kelapa sawit.

Indeks Syariah

FBM Hijrah Shariah
Terdiri daripada 30 syarikat patuh syariah terbesar di Bursa Malaysia yang mematuhi syarat Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti dan juga Yasaar

FBM Emas Shariah
Terdiri daripada saham patuh syariah dalam indeks FBM Emas, berasaskan syarat Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti.

[Image]Dipetik daripada Bursa Station

Indeks yang anda rujuk bergantung kepada jenis saham yang anda beli. Sebagai contoh, bagi saya sendiri, saya merujuk dan menanda aras (mengukur prestasi pelaburan) saya dengan indeks FBM Emas Syariah dan juga FBM Small Cap.

Contohnya jika anda melabur dalam syarikat bermodal besar sahaja, maka FBM KLCI atau FBM 100 seharusnya menjadi rujukan anda.

FBM KCLI atau FBM Hijrah hanya memberikan gambaran tentang presasi saham terbesar sahaja. Untuk gambaran keseluruhan pasaran, tinjau prestasi FBM Emas atau FBM Emas Syariah.

Ada kalanya semua indeks naik dan ada kalanya semua indek turun. Namun begitu, dalam keadaan tertentu, seperti kebelakangan ini, FBM KLCI naik tetapi indeks lain turun. Jadi untuk menentukan kedudukan pasaran pada sesuatu hari, anda boleh
merujuk kepada beberapa indeks yang relevan untuk memberikan gambaran yang lebih tepat.

# Dipetik dari web laburniaga
 
Ar-Rahnu yang terbaik untuk emas pelaburan ialah Ar-Rahnu Agrobank
Written by Azuar Sattar   
Friday, 27 August 2010 06:38

Untuk pengetahuan anda Ar-Rahnu Agrobank (www.agrobank.com.my/ar-rahnu) telah memperkenalkan beberapa terma yang sangat mesra emas pelaburan.
 

Perubahan ini sangatlah baik kepada pelabur-pelabur emas di Malaysia.

Dengan kata lain, sokongan daripada Ar-Rahnu Agrobank sangat membantu bagi mendapatkan tunai segera dan juga membantu kita membuat teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan Ar-Rahnu :)

Sebelum ini pemilik jongkong emas menghadapi masalah untuk menggadaikan emas mereka kerana Ar-Rahnu lain seperti Bank Rakyat dan YAPEIM tidak menerima jongkong emas especially Public Gold dan PAMP Suisse.

Namun kini masalah tersebut sudah selesai kerana Ar-Ranu Agrobank sekarang menawarkan terma yang istimewa untuk gadaian jongkong emas.

Memang best sangat.
 

Terdapat 5 terma baru yang sangat membantu pelabur emas iaitu:

1. Margin pinjaman 70% walaupun ia adalah gadaian pertama anda.

2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM148.50 segram)

3. Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000 seorang

4. Tempoh gadaian dipanjangkan kepada 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.

5. Promosi upah simpan adalah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (bagi 70% pinjaman)

Huraian terperinci.

1. Margin pinjaman 70%  diberikan walaupun ia gadaian pertama.

Dahulu gadaian pertama cuma boleh dapat 60% daripada nilai emas, kali kedua gadai baru dapat 70%. Sekarang anda boleh memperolehi terus pinjaman maksima 70% daripada nilai emas walaupun pertama kali menggadai. Bagi saya, semakin tinggi nilai pinjaman, semakin besar peluang kita untuk menjana keuntungan dengan hasil pinjaman tersebut… hehehe money is only a tool to make more money.

2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM148.50 segram).

Sebelum pengumuman terma baru ini, rate untuk emas 999.9 adalah RM126 /gram. Jadi, pada nilai ini anda cuma boleh meminjam sebanyak RM88.20 (70% daripada RM126) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Dengan peningkatan nilai kepada RM148.80/gram maka kini anda boleh meminjam RM103.90 (70% daripada RM148.80) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Rate ini akan berubah dari masa ke semasa mengikut harga emas semasa dunia.

p/s: Jika anda menggadaikan 100g emas 999.9, pada rate RM126/gram anda boleh meminjam RM8820.00. Pada rate 148.50/gram anda boleh meminjam sehingga RM10390.00 . Ini adalah perbezaan sebanyak RM1570.00. Banyak tu..

3.  Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000

Sebelum ini, pinjaman maksima yang boleh diberikan oleh Ar-Rahnu Agrobank ialah RM50,000 (RM10,000 sehari x 5 hari). Sekarang kita boleh meminjam sehingga RM150,000 (RM50,000 sehari x 3 hari) Dengan kata lain anda boleh menukar 1.4 kilo emas kepada tunai di Ar-Rahnu Agrobank :)

p/s: Semakin tinggi nilai pinjaman maka semakin besar keuntungan yang boleh anda hasilkan dengan teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan A-Rahnu. Contohnya pajak emas ketika harga emas turun untuk membeli lebih banyak emas. Jual apabila harga naik semula. Bagi peniaga emas Public Gold, ini memudahkan anda membuat buy back emas pelanggan anda.

4. Tempoh gadaian yang lebih panjang iaitu 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.

Sebelum ini Ar-Ranhu Agrobank cuma memberikan tempoh gadaian 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (selepas 6 bulan sambung 3 bulan, lepas tu sambung 2 bulan). Sekarang anda boleh sambung kontrak gadaian kepada 6 bulan sambung lagi 6 bulan (jumlah semua 18 bulan)

5. Promosi – upah simpan hanyah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (70% pinjaman)

Untuk 3 bulan bermula 16/8/2010 Agrobank memberikan rate upah simpan yang sangat menarik iaitu cuma 0.60 sen bagi setiap nilai marhum RM100 dan bagi pinjaman 70%. Jadi kalau nak dapat rate special nie kena pegi gadai dalam tempoh 3 bulan ini lah. Jadi, saya pun cepat-cepat ke Agrobank Melaka untuk memperbaharui surat-surat gadaian saya untuk mendapat rate yang lebih tinggi dan upah simpan yang lebih murah.

Biasanya kadar upah simpan adalah seperti berikut:

 

Saya ingin berkongsi ilmu dengan anda mengenai keistimewaan Ar-Rahnu.

Apakah keistimewaan pajak gadai Islam Ar-Rahnu ini?

1. Ia adalah konsep pinjaman tanpa unsur riba.
    Keuntungan Ar-Rahnu adalah daripada upah simpan emas.

2. Anda tidak dikenakan bayaran sepanjang tempoh pinjaman.
    Anda hanya bayar upah simpan apabila menebus emas anda ataupun
   setelah tamat tempoh gadaian 6 bulan. (ayat mudah, pinjam sekarang
   6 bulan lagi baru fikir bayar. Courts Mammoth pun kalah oooo…)

3. Jika anda hendak melanjutkan tempoh gadaian selepas 6 bulan, anda cuma perlu
    membayar upah simpan untuk 6 bulan terdahulu. Lepas tu anda boleh lanjutkan
    pinjaman lagi 6 bulan. Bayaran simpanan untuk tempoh lanjutan tersebut cuma
    dibayar 6 bulan akan datang.

4. Memandangkan pinjaman diberikan mengikut harga emas, kita akan memperolehi
    keuntungan di dalam jangka masa panjang apabila harga emas semakin
    meningkat (semakin tinggi harga emas semakin banyak RM yang boleh kita pinjam)
    Bila emas naik harga 100 peratus, pinjaman Ar-Rahnu pun akan meningkat 100%!

5. Sekiranya penggadai tidak boleh menebus emas tersebut maka ia akan dilelong.
    Ar-Rahnu akan mengambil nilai hutang penggadai + upah simpan dan akan
    memulangkan kembali lebihan wang lelongan tersebut (jika ada).

Kesimpulan.

Tahniah saya ucapkan kepada Ar-Rahnu Agrobank. Terma baru ini banyak membantu pembeli emas jongkong dan juga peniaga emas seperti saya. Jika dahulu gadaian emas adalah untuk mereka yang sesak wang dan menggadaikan barang kemas, namun sekarang telah wujud satu kumpulan baru iaitu pelabur emas. Ini kerana trend pelaburan emas telah mula mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Kepada pembeli jongkong emas, anda kini boleh menggunakan kemudahan Ar-Rahnu Agrobank.

# dipetik dari web www.jutawanemas.com

 
Buku-buku dibeli Bulan August
User Rating: / 1
PoorBest 
Written by Azuar Sattar   
Friday, 27 August 2010 04:02
Berikut adalah buku-buku yang dibeli pada bulan August ...rekemen buku ini to all ..kandungan yang menarik, aku belum baca abis baca lagi...tapi best buku2 ini.


 
Dinar Dan Dirham..renung-renungkanlah
Written by Azuar Sattar   
Sunday, 08 August 2010 01:47
Renung2kanlah
Last Updated on Sunday, 08 August 2010 01:54
 
Dapatkan Ebook Celik Wang Secara Percuma
Written by Azuar Sattar   
Wednesday, 04 August 2010 11:26
Berikut adalah ebook celik kewangan dalam Bahasa Malaysia Dan Bahasa Inggeris.

Celik Wang
uploading.com/files/a38a2b9d/Celik_Wang.pdf/
hotfile.com/dl/59707469/29bad35/Celik_Wang.pdf.html

Money Sense
uploading.com/files/ad5d9599/money_sense.pdf/
hotfile.com/dl/59707857/f1fad8d/money_sense.pdf.html

download laaa ..jangan malu2
 
Tanda-tanda yang anda mungkin menghadapi masalah kewangan
Written by Azuar Sattar   
Wednesday, 04 August 2010 11:06

Last Updated on Wednesday, 04 August 2010 11:14
 
Harga minyak, LPG dan Gula naik hari nie
Written by Azuar Sattar   
Friday, 16 July 2010 00:21
Berikut adalah harga yang baru:
  • Petrol RON 95 – RM1.85 seliter.
  • Petrol RON 97 – RM2.10 seliter
  • Diesel – RM1.75 seliter.
  • Gula – RM1.90 sekilogram
  • Gas LPG – RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
  • Tong 14KG – dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG – dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG – dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

 
BLR/BFR naik lagi 6.30% pada 13 July ini
Written by Azuar Sattar   
Wednesday, 14 July 2010 07:50
Adoii...kadar BLR/BFR naik lagi ..mati arrr camnih ..sesiapa yang ada loan tuh bersedia laa dgn kenaikkan terhadap monthly payment anda nanti ..termasuk laa aku yang byk wat loan ...ha...ha.
Base financing rate (BFR) and base lending rate (BLR) increase again!!! With effect from 13 July 2010, both BFR and BLR will be raised to 6.30% per annum from 6.05% per annum.

First Increment (March 2010) = 5.55% to 5.80%
Second Increment (May 2010) = 5.80% to 6.05%
Third Increment (July 2010) = 6.05% to 6.30%

 
Mat rempit kena gertak dgn JPJ
Written by Azuar Sattar   
Monday, 12 July 2010 09:34

 
Bye..bye Forexzz, see next year yaa
Written by Azuar Sattar   
Friday, 02 July 2010 23:11
Gua mau stop dulu memorex sampai tahun hadapan, camana nak menghilangkan ketagihan nih ...he..he
 
i7 860 usd142.50 ....saveeeee
Written by Azuar Sattar   
Monday, 28 June 2010 16:46
Lama juga aku tak update blog..bukan apa ..pc aku kong, so baru jer develop satu pc cap ayam bila dah install semua program so bleh laa update blog . Ho..ho aku baru saja order satu proc i7 dapat lebih kurang half price laa dari intel ..sekarang barang dah kat penang tunggu bila2 masa jaa sampai.


Last Updated on Sunday, 04 July 2010 21:40
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 22